02:55
Posted by dZ.codEx

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Blog ini memuatkan himpunan puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman, nukilan penyair terkenal seperti Khalil Gibran, Umar Khayyam, Chairil Anwar serta sasterawan negara seperti Usman Awang dan penulis moden masakini. Pantun-pantun ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada semua.

Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

contohnya-
Apa guna orang bertenun,
Untuk membuat pakaian adat;
Untuk apa orang berpantun,
Untuk memberi petuah amanat.

Apa guna daun kayu,
Untuk tempat orang berteduh;
Apa guna pantun Melayu,
Untuk tempat mencari suluh.
Dalam pantun ada ilmu,

penuntun, petunjuk, pengajar, pesan, adat, amanah, dakwah, agama, kias ibarat, teladan dan contoh. Dalam pantun juga ada senda gurau, sindir menyindir, kasih sayang, dan sebagainya.

DEFINISI PANTUN:
Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati dan digunakan untuk mengambarkan pelbagai keadaan dan kegunaan seperti melahirkan perasaan sedih, gembira, rindu, berkasih dan memberi nasihat. Pantun juga boleh diguna secara berbalas-balasan di majlis seperti peminangan, perkahwinan dan di dalam rancangan radio. Pantun juga boleh dinyanyikan seperti mana lagu Rasa Sayang, Sri Mersing dan lain-lain. Pantun juga dibaca sebagai mentera dalam sesetengah jampi serapah yang diamalkan oleh pawang dan dukun dalam perubatan tradisional.
Di sini terdapat beberapa jenis pantun,iaitu:kepahlawanan,adat,klasik melayu,patriot,kasih,agama,budi,jenaka,perpisahan,moden,percintaan,teka-teki,berkias,kanak-kanak,jalur gemilang,peribahasa,merdeka,8 kerat,2 kerat,4kerat,kecewa,minangkabau,dan sireh pinang.

Kepada individu yang mempunyai kreativiti dalam dunia berpantun ini,anda bolehlah berkongsi cerita dan luahkan bakat keramat yang terpendam dalam diri anda.Agar tidak hanyut dan tidak hilang begitu saja...

0 comments:

Post a Comment